

Kebaikan Facial Muka
Tujuan Facial adalah membersih bintik-bintik hitam & bintik-bintik putih serta kotoran yg terperangkap di pori-pori kulit wajah. Namun, jika kebersihan tidak dilakukan secara optimal ,alat yang digunakan tidak bersih dan rawatan lanjut tidak dilakukan (dirawat dirumah),jerawat mungkin akan datang lagi.
Yang sering terjadi adalah,ketika bintik putih dikeluarkan,maka pori jadi terbuka lebar.
Bila luka yg ditimbulkan akibat jarum semasa tengah facial dan tidak dirawat dgn tepat,maka akan terjadilah iritasi (kulit terasa pedih dan memerah)dan akan menimbulkan jerawat.
Sebaiknya lakukan facial setiap 2 minggu sekali atau 1 bulan sekali . Dan selepas facial jangan biarkan wajah terkena air selama lebih kurang 2 jam.
Penjagaan harian rawatan dirumah adalah penting antaranya:
-Pencuci Make up (Remover)
-Pencuci wajah
-Toner
-Scrub
-Serum(ada banyak jenis,elok jika ada koleksi sendiri di rumah)
-Masker( banyak jenis,beli dan simpan stok,jika ada masa/free blh buat sendiri dirumah)
-Krim siang
-krim malam
-Krim rawatan/Sunblock/sun protection/BB Cream
Kalau tidak ada dan tak dijaga dari sekarang kemungkinan akan datang JERAGAT penuh dimuka
Dan budget untuk skincare akan jadi 2 x ganda.
Jadi sesiapa yg malas atau tiada masa nak buat rawatan wajah di rumah.
Jom facial bersama Lissaura Beauty secara mobile.
Kami boleh ke rumah anda atau anda datang ke rumah kami
INSYA-ALLAH Gerenti puas hati
Hubungi kami : 012 6050 441
Alamat kami : Kristal Height, Seksyen 7 Shah Alam. 
Petua Hilangkan Jerawat

Mengapa ramai yang mengalami masalah jerawat yang sukar sembuh? Pertama masalah berpunca daripada hormon, kedua darah dan ketiga masalah hati.
Jerawat bukan sahaja masalah remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Punca jerawat
# Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
# Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
# Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
# Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
# Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
# Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
# Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
# Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
# Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk.
# Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
# Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
# Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
# Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
# Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
# Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
# Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
# Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Rawatan Untuk Jerawat.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
Mengurangkan jangkitan bakteria.
Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.
biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.
Langgan:
Catatan (Atom)